Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

ASAS GRAFIK

Rujukan :Normaliza abd rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, penerbit upm, Serdang.

Elemen asas grafik terbahagi kepada 5 iaitu elemen mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Elemen pertama iaitu mudah ialah tahap kesenangan seseorang itu memahami sesuatu gambaran yang dilihatnya sama ada dalam bentuk gambar atau video.

Warna ialah elemen kedua yang terdapat dalam elemen grafik. Warna ialah suatu warna dalam suatu gambaran yang terdapat didalam grafik sama ada dalam sebuah foto ataupun video. Warna yang digunakan dalam grafik perlulah sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan.

Teks ialah elemen ketiga yang terdapat dalam asas grafik. Teks dapat dilihat penggunaannya dalam grafik melalui jenis dan saiz font yang dipilih untuk dipersembahkan. Penggunaan saiz font yang sederhana atau warna font yang terang akan menyebabkan mesej yang ingin disampaikan dalam grafik lebih mudah disampaikan.

Kesesuaian juga merupakan salah satu elemen asas dalam grafik. Kesesuaian merujuk kepada kesesuaian grafik dengan latar sama ada latar tempat, latar masa dan latar watak yang terdapat dalam video atau foto.

Keseimbangan ialah ruang dalam foto atau video. Ruang tersebut mestilah seimbang antara kiri dan kanan, atas dan bawah foto atau video. Seimbang juga dikaitkan apabila sesuatu grafik itu dilihat dapat disampaikan dengan baik.


Rujukan :Normaliza abd rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, penerbit upm, Serdang.






BBM3410-2021-MINGGU 2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA


BBM3410-2021-MINGGU 2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus.

 

PENDEKATAN ANALISIS WACANA

PRA-ANDAIAN

1.    Intuisi

 

      2.    Konteks

 

- Penerimaan/Penafian

 

- Keperluan

 

- Perujukan

 

- Anafora

 

- Pengulangan

 

-  Kekaburan

 

- Penegasan

EMOSI

1.    Positif

 

     2.    Negatif

 

     3.    Emosi Bercampur

 

·         Perangai

 

·         Personaliti

 

·         Mood

 

·         Motivasi

NILAI DAN BUDAYA

1.    Diri

 

       2.    Masyarakat

 

       3.    Adat

 

           ·         Jujur, ikhlas, baik hati, kasih saying, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan

 

        ·         Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

 

        ·         Hormat menghormati, Kerjasama, semangat bermasyarakat

 

       ·         keadilan, kebebasan,rasional

BAHASA

1.    Bahasa pertama/kedua/ketiga

 

      2.    Formal/tidak formal

 

      3.    Kesalahan bahasa

 

      4.    Linguistik

INFERENS

1.    Rumusan keseluruhan

 

      2.    Rumusan topik perbincangan

 

      3.    Penutup kata


Berdasarkan rajah 4 iaitu Pendekatan Analisis Wacana (Normaliza Abd Rahim, 2018) menjelaskan tentang elemen-elemen yang terdapat dalam pendekatan analisis wacana iaitu pra-andaian, emosi, nilai dan budaya, bahasa dan inferens. Elemen pertama iaitu pra-andaian menjelaskan tentang suatu perkara yang diamalkan dahulu sebelum permulaan garis hujah ataupun tindakan. Antara unsur yang terdapat dalam elemen pra-andaian ialah intuisi dan konteks. Intuisi ialah gerak hati manakala konteks pula dianalisis dari beberapa aspek seperti penerimaan, keperluan, perujukan, anafora, penerangan, kekaburan dan penegasan.

Elemen kedua alah emosi. Emosi ialah satu perasaan yang muncul dalam diri seseorang. Antara emosi yang wujud dalam diri seseorang ialah emosi positif, negatif, emosi bercampur, perangai, personality, mood dan motivasi.

Elemen ketiga ialah nilai dan budaya. Elemen ini dapat dianalisis dari tiga aspek iaitu diri, masyarakat dan adat. Terdapat beberapa nilai seperti jujur, ikhlas, baik hati, hormat menghormati, berdikari, menjaga kebersihan, keadilan,bekerjasama dan sebagainya.

Elemen keempat ialah bahasa. Bahasa dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu bahasa pertama, bahasa kedua dan bahasa ketiga. Bahasa juga dibahagikan kepada dua kegunaan iaitu dalam situasi formal dan situasi tidak formal.

Elemen kelima ialah inferens. Inferens terbahagi kepada tiga iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik dan penutup kata.


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus.

 




 


Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1B

 Berdasarkan cerita sosial 1 dalam kajian wacana 

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus.



WATAK

LATAR TEMPAT

LATAR MASA

LATAR MASYARAKAT

EMOSI POSITIF

EMOSI NEGATIF

Alim

Kampung di Kajang.

30 Minit perjalanan

Masyarakat yang tinggal di kampung

teruja

Sedih, marah, menangis

Nenek & Datuk

Reban

tiada

Masyarakat yang tinggal di kampung

teruja

tiada

Ibu&

bapa

Rumah datuk dan nenek

Setibanya di kampung

Masyarakat yang rajin

tiada

tiada

Abang Imran

 

kereta

30 minit perjalanan

Masyarakat yang bertanggungjawab

bertanggungjawab

tiada

Madinah

kereta

30 minit perjalanan

Masyarakat yang bertanggungjawab

bertanggungjawab

tiada

Aisyah

kereta

30 minit perjalanan

Masyarakat yang bertanggungjawab

bertanggungjawab

Tiada





 



 

 

 

 

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus.

 

BBM3410-2021-MINGGU 1A

 Nama: Nurul Aida binti Ahmad Zaini

No Matrik: 203304 

Hai semua. Annyeong! Untuk pertama kali dalam hidup saya tulis blog ๐Ÿ‘€



 


Nama diberi kedua ibubapa saya ialah Nurul Aida binti Ahmad Zaini. Pada hari ke enam dalam bulan April pada tahun 1999 di Hospital Sungai Petani, Kedah sepasang suami isteri iaitu Puan Siti dan Encik Zaini telah dikurniakan seorang puteri yang kiut ๐Ÿ˜œ Mereka membesarkan saya dalam suasana kampung di teratak mereka iaitu di Yan,Kedah dimana rumah itu berlatarkan sawah padi dan Gunung Jerai.





Malangnya sekarang sudah lepas musim menuai padi, jadi tiada la sawah yang saya boleh tunjukkan. ๐Ÿ˜Œ 

Tak cukup dengan itu, mereka terlalu baik kerana membawa saya berjumpa empat lagi kawan di dunia ni! Dua lelaki dan dua perempuan. Tak bosan lah saya disini ๐Ÿ˜


Selepas mendapat keputusan stpm tahun 2018 saya telah memohon kos bahasa dan linguistik melayu di UPM tetapi pada permohonan ke 5 kerana target utama saya sebenarnya kos pendidikan di USM. Namun apa kan daya rezeki saya disini. setahun lebih saya disini, Alhamdulillah semakin jatuh cinta. 

Betullah kata orang, tak kenal maka tak cinta. UPM memang thoorrbaek. Tak menyesal saya masuk ๐Ÿ˜š


so adik-adik yang teringin nak melangkah masuk UPM jangan ragu-ragu tau. Confirm korang tak menyesal ๐Ÿ˜


okeylah. bai semua. jumpa di next post. saranghaee๐Ÿ’‹


New update guy!!!!!!

sekarang ni dah penghujung semester 4. Dah week 14 dah. Semua orang tengah busy buat cadangan proposal unjuk fyp masing-masing. But me? 

ya saya tengah rindu nak blogging. Memandangkan semua task untuk subjek BBM3410 dah habis eh tiber rindu pulak nak update blog. hehehehe


Malas nak update post baru. Tapi I update dekat post ni jelah eh.  Gambar latest pemandangan sawah padi dekat belakang rumah saya...







Social Media Saya

Facebook : Aida Zaini 

LINK FACEBOOK


Twitter: AD๐Ÿฆ‹

LINK TWITTER


Instagram: Nrul___aida

LINK INSTAGRAM

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Minggu 1 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 Minggu 2 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK Minggu 3 5.  ASAS GRAFIK-M...