Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA


BBM3410-2021-MINGGU 2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus.

 

PENDEKATAN ANALISIS WACANA

PRA-ANDAIAN

1.    Intuisi

 

      2.    Konteks

 

- Penerimaan/Penafian

 

- Keperluan

 

- Perujukan

 

- Anafora

 

- Pengulangan

 

-  Kekaburan

 

- Penegasan

EMOSI

1.    Positif

 

     2.    Negatif

 

     3.    Emosi Bercampur

 

·         Perangai

 

·         Personaliti

 

·         Mood

 

·         Motivasi

NILAI DAN BUDAYA

1.    Diri

 

       2.    Masyarakat

 

       3.    Adat

 

           ·         Jujur, ikhlas, baik hati, kasih saying, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan

 

        ·         Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

 

        ·         Hormat menghormati, Kerjasama, semangat bermasyarakat

 

       ·         keadilan, kebebasan,rasional

BAHASA

1.    Bahasa pertama/kedua/ketiga

 

      2.    Formal/tidak formal

 

      3.    Kesalahan bahasa

 

      4.    Linguistik

INFERENS

1.    Rumusan keseluruhan

 

      2.    Rumusan topik perbincangan

 

      3.    Penutup kata


Berdasarkan rajah 4 iaitu Pendekatan Analisis Wacana (Normaliza Abd Rahim, 2018) menjelaskan tentang elemen-elemen yang terdapat dalam pendekatan analisis wacana iaitu pra-andaian, emosi, nilai dan budaya, bahasa dan inferens. Elemen pertama iaitu pra-andaian menjelaskan tentang suatu perkara yang diamalkan dahulu sebelum permulaan garis hujah ataupun tindakan. Antara unsur yang terdapat dalam elemen pra-andaian ialah intuisi dan konteks. Intuisi ialah gerak hati manakala konteks pula dianalisis dari beberapa aspek seperti penerimaan, keperluan, perujukan, anafora, penerangan, kekaburan dan penegasan.

Elemen kedua alah emosi. Emosi ialah satu perasaan yang muncul dalam diri seseorang. Antara emosi yang wujud dalam diri seseorang ialah emosi positif, negatif, emosi bercampur, perangai, personality, mood dan motivasi.

Elemen ketiga ialah nilai dan budaya. Elemen ini dapat dianalisis dari tiga aspek iaitu diri, masyarakat dan adat. Terdapat beberapa nilai seperti jujur, ikhlas, baik hati, hormat menghormati, berdikari, menjaga kebersihan, keadilan,bekerjasama dan sebagainya.

Elemen keempat ialah bahasa. Bahasa dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu bahasa pertama, bahasa kedua dan bahasa ketiga. Bahasa juga dibahagikan kepada dua kegunaan iaitu dalam situasi formal dan situasi tidak formal.

Elemen kelima ialah inferens. Inferens terbahagi kepada tiga iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik dan penutup kata.


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus.

 




 


No comments:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Minggu 1 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 Minggu 2 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK Minggu 3 5.  ASAS GRAFIK-M...