Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

ASAS GRAFIK

Rujukan :Normaliza abd rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, penerbit upm, Serdang.

Elemen asas grafik terbahagi kepada 5 iaitu elemen mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Elemen pertama iaitu mudah ialah tahap kesenangan seseorang itu memahami sesuatu gambaran yang dilihatnya sama ada dalam bentuk gambar atau video.

Warna ialah elemen kedua yang terdapat dalam elemen grafik. Warna ialah suatu warna dalam suatu gambaran yang terdapat didalam grafik sama ada dalam sebuah foto ataupun video. Warna yang digunakan dalam grafik perlulah sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan.

Teks ialah elemen ketiga yang terdapat dalam asas grafik. Teks dapat dilihat penggunaannya dalam grafik melalui jenis dan saiz font yang dipilih untuk dipersembahkan. Penggunaan saiz font yang sederhana atau warna font yang terang akan menyebabkan mesej yang ingin disampaikan dalam grafik lebih mudah disampaikan.

Kesesuaian juga merupakan salah satu elemen asas dalam grafik. Kesesuaian merujuk kepada kesesuaian grafik dengan latar sama ada latar tempat, latar masa dan latar watak yang terdapat dalam video atau foto.

Keseimbangan ialah ruang dalam foto atau video. Ruang tersebut mestilah seimbang antara kiri dan kanan, atas dan bawah foto atau video. Seimbang juga dikaitkan apabila sesuatu grafik itu dilihat dapat disampaikan dengan baik.


Rujukan :Normaliza abd rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, penerbit upm, Serdang.






No comments:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Minggu 1 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 Minggu 2 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK Minggu 3 5.  ASAS GRAFIK-M...