Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU3-RINGKASAN CERITA SOSIAL 2

 

BBM3410-2021-MINGGU3-RINGKASAN CERITA SOSIAL 2
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus

    Berdasarkan cerita sosial 3, Ayah membawa pulang buah-buahan yang banyak ke rumah. Antaranya ialah buah Manggis,Langsat dan Duku. Ayah tahu anak-anaknya gemar akan buah-buahan tempatan. Setibanya ayah dirumah, anak-anaknya meloncat keriangan melihat buah yang banyak. Ibu kemudian mengambil sebuah bakul untuk diisikan kulit buah-buahan tersebut serta bijinya. Ini kerana ibu tidak mahu sampah-sampak tersebut dibuang merata-rata lalu menyebabkan rumah bersepah. Oleh kerana buah-buahan yang ayah beli kelihatan banyak, Alim teringat akan jirannya Sulaiman. Dia ingin memberi sedikit buah tersebut kepada Alim. Niatnya itu dipuji oleh ibunya. Dia bangga akan sikap Alim yang mengingati jirannya itu. Alim segera memberikan buah didalam sebuah plastic kepada Sulaiman. Seusai itu dia pulang semula ke rumahnya. Setelah selesai makan buah, Alim sekeluarga saling bantu membantu dalam mengemas rumah. Ketika Alim sedang membuang sampah di tong sampah besar, dia terserempak dengan ibu Sulaiman iaitu Mak Cik Timah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberi buah kepada anaknya. Dia juga berterima kasih kepada Alim kerana baik dengan anaknya itu. Dia memuji sikap Alim yang baik kerana berkongsi buah dengan mereka sekeluarga. Alim tidak mahu menerima pujian secara berlebihan dari Mak Cik Timah. Dia terus menegaskan bahawa Makcik Timah sekeluarga memang baik dan sewajarnya dia melakukan perbuatan yang baik dengan keluarganya itu. Dia juga memberitahu bahawa ibunya berpesan kepadanya yang berkongsi itu merupakan satu perbuatan yang baik. Mak Cik Timah gembira mendengarkan kata-kata itu. Dia kelihatan terharu dengan sikap anak jirannya yang sekecil itu bersikap baik terhadap dia sekeluarga. Alim salah sangka. Melihat raut wajah Mak Cik Timah yang terharu tersebut, dia ingatkan Mak Cik Timah sedih. Dia menegur Mak Cik Timah untuk mengetahui punca dia kesedihan. Sebenarnya Mak Cik Timah terharu dengan sikap yang ditujukkan oleh anak sekecilnya. Mak Cik Timah memberitahu bahawa dia gembira dengan sikap Alim sambal dia memandang anaknya yang sedang membasuh basikal kecilnya. Dia juga mendoakan kesejahteraan Alim sekeluarga.


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus.

 


 



No comments:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Minggu 1 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 Minggu 2 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK Minggu 3 5.  ASAS GRAFIK-M...