Wednesday, June 9, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 11-DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI

 Kredit video: Dewan Bahasa dan Pustaka



Link video : https://www.youtube.com/watch?v=zNx2BjyJmlA

Saya ingin menceritakan sedikit pengalaman saya sepanjang mengikuti Rancangan Sembang Tamu: Drama Korea: Realiti Atau fantasi yang dianjurkan ooleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya telah menonton rancangan ini pada 8 Jun 2021 di Laman Facebook rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka. Bagi saya rancangan ini sangat menarik kerana ia mengupas persoalan saya tentang realiti sebenar masyarakat Korea sama ada sama atau tidak seperti di dalam drama.  Rancangan ini dihoskan oleh Encik Rafiq dan tetamu jemputannya ialah Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Beliau telah menceritakan tentang pengalamannya sepanjang tinggal di Korea. Prof juga menunjukkan beberapa Drama korea yang beliau minati. Bagi Prof, drama Korea sangat menarik dan menyimpulkan budaya dan gaya hidup sebenar masyarakat di Korea. Antara drama yang dikongsikan Prof didalam rancangan ini ialah Drama Winter Sonata, Hospital playlist dan Good doctor. Itu sahaja pandangan saya. Untuk memahami dengan lebih lanjut tentang rancangan ini, saya telah sediakan link dan video dimana korang boleh tonton semula rancangan tersebut. Selamat menonton!

Saya share poster rancangan ini di Facebook, Instagram dan Twitter juga 😆




Saya juga telah meninggalkan soalan dalam rancangan ini





Ini komen saya di akhir rancangan tersebut! 



No comments:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Minggu 1 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 Minggu 2 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK Minggu 3 5.  ASAS GRAFIK-M...