BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-WARNA
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia
Internet
Elemen: Warna
Tema: Pengiklanan
Rujukan: https://pin.it/VzZnlBR
Huraian: Merujuk imej diatas, penggunaan
warna hangat dan sejuk telah menyebabkan timbulnya kontras warna. Warna panas
yang digunakan seperti warna hitam (pada gelas), dan koko gelap (pada biji kopi
dan latar sebelah kanan) yang digandingkan dengan warna sejuk seperti putih
(pada buih kopi, wap panas dan teks). Tambahan pula, terdapat warna panas
kuning yang merujuk kepada logo syarikat makanan ringan tersebut iaitu Mc Donald disamping mengaplikasikan
penggunaan tona warna koko. Kombinasi warna yang diterapkan dalam imej diatas
jelas menampakkan kejelasan visual dan dapat menarik mata audien.
Elemen: Warna
Tema: Pengiklanan
Rujukan: https://images.app.goo.gl/7xYDGwmvfHj8o51NA
Huraian: Gambar di atas memenuhi elemen
warna kerana majoriti kombinasi warna yang digunakan adalah koko dan putih bagi
melambangkan produk tersebut (Aiskrim Sunday).
Warna pada fonts yang digunakan juga sama seperti dalam imej yang dipaparkan
dan kelihatan menonjol membuatkan mesej yang ingin disampaikan itu lebih
menyerlah tentang aiskrim Sunday.
Elemen: Warna
Tema: Fesyen
Rujukan: https://www.google.com/search?q=billboard+sabella&sxsrf=ALeKk020_9VjD61c8HUExSV5T-L50o4s6A:1617262249811&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwjkh6Kvw9zvAhWDwjgGHR-kCg0Q_AUoAXoECAEQAw&biw=1280&bih=610#imgrc=S4JmeQ3deYZYoM
Huraian: Gambar di atas menunjukkan elemen
warna. Warna merah yang mendominasi grafik tersebut dapat menarik perhatian
pengguna. Hal ini dikatakan demikian kerana, mengikut psikologi warna merah
merupakan warna yang memberi kesan kekuatan, semangat dan tanda peringatan.
Dengan sekali imbas sahaja, warna merah ini boleh mendapat perhatian dengan
mudah.
Elemen: Warna
Tema: Minuman
Rujukan: https://www.aking.com.my/signage
Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen
asas grafik warna yang telah diterapkan. Hal ini kerana kombinasi warna yang
telah digunakan tidak melebihi tiga warna. Oleh itu, mesej yang hendak
disampaikan melalui gambar tersebut dapat disampaikan dengan baik. Latar gambar
diletakkan warna biru melambangkan jenama air tersebut iaitu Blue Moon manakala warna pada tulisan yang
digunakan ialah berwarna putih. Ini telah menjadikan gambar tersebut lebih
menarik.
Elemen: Warna
Tema: Makanan
Rujukan: https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Frepository.telkomuniversity.ac.id%2Fpustaka%2Ffiles%2F18375%2Fresume%2Fanalisis-perbedaan-aktivitas-promosi-iklan-kfc-dan-mcdonalds.pdf&psig=AOvVaw2I2w6Hc6G3BLLFvNDOmVaJ&ust=1617429809632000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCPDGuoby3u8CFQAAAAAdAAAAABAD
Huraian: Papan iklan diatas menggunakan
tiga gabungan warna yang baik. Terdapat warna merah yang merupakan warna latar
papan tanda tersebut dan menggunakan warna putih dan hitam. Warna hitam dan
putih tersebut dapat dilihat dengan jelas. Pemilihan warna juga bertepatan
dengan logo restoran tersebut iaitu Kentucky
Fried Chicken (KFC).
Elemen: Warna
Tema: Minuman Berkhasiat
Rujukan: https://thepresident.my/tak-tahu-nak-buat-iklan-kat-mana-tengok-4-tanda-tanda-ni/
Huraian: Gambar di atas memenuhi elemen
warna kerana majoriti kombinasi warna yang digunakan adalah hijau dan putih
bagi melambangkan produk tersebut (MILO). Warna putih pada fonts yang digunakan
juga berjaya membuatkan perkataan “GREAT TASTE”
itu kelihatan menonjol dan tentunya menyerlahkan lagi mesej yang ingin
disampaikan iaitu air milo mempunyai rasa yang sedap.
Elemen: Warna
Tema: Makanan Segera
Rujukan: http://cisdel.com/2011/10/31/contoh-iklan-makanan-yang-sangat-cool-dan-menyelerakan/
Huraian: Warna yang terdapat dalam gambar
makanan segera tersebut mempunyai kombinasi warna yang menyerlah iaitu warna
merah, kuning dan putih. Gambar tersebut mempunyai warna yang mencakupi warna
asas grafik kerana tidak melebihi tiga warna yang menyerlah. Namun begitu,
warna hijau dan oren yang wujud tidak menjejaskan elemen warna kerana warna
memainkan peranan mengikut mesej yang disampaikan untuk menarik minat
pelanggan.
Elemen: Warna
Tema: Pengiklanan Animasi
Rujukan:
https://www.pinterest.com/pin/376965431314424880/?hcb=1
Huraian: Warna merupakan elemen yang
paling menonjol di dalam gambar di atas.
Foto tersebut mempunyai animasi berwarna kuning dan berlatarbelakangkan
warna jingga. Terdapat juga warna putih digunakan. Foto ini menjadi menarik
apabila seseorang melihatnya kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah.
Elemen: Warna
Tema: Iklan movie
Rujukan:
https://www.pinterest.com/pin/376965431307204753/
Huraian: Kombinasi yang digunakan dalam
gambar ini sangat sesuai. Gambar diatas mempunyai latar yang berwarna hitam dan
putih. Ini jelas menunjukkan bahawa ia tidak melebihi tiga warna. Gambar ini
menjadi menarik kerana mempunyai warna yang menyerlah dan sesuai dengan mesej
yang ingin disampaikan.
Elemen: Warna
Tema: Minuman
Rujukan:
https://forum-anarkid.blogspot.com/2019/01/contoh-iklan-minuman.html?m=1
Huraian: Gambar ini mempunyai kombinasi
warna yang lebih daripada tiga warna. Walau bagaimanapun, warna-warna yang
digunakan dalam gambar ini adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej. Gambar
ini memaparkan imej botol minuman berwarna hijau dan oren yang dimasukkan ke
dalam air yang juga berwarna kehijauan. Terdapat juga warna merah pada tulisan
di botol minuman. Gambar ini menarik kerana mempunyai warna yang menyerlah dan
memfokuskan kepada kesegaran air minuman itu.
gambar sendiri
Elemen: Warna
Tema: Makanan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas menonjolkan
kombinasi tiga warna iaitu hitam, coklat keemasan dan putih. Warna yang
digunakan berjaya menaikkan foto ayam tersebut yang sememangnya tarikan utama
di dalam gambar itu. Font berwarna putih yang dipilih dalam gambar tersebut
juga menimbulkan warna pada ayat “juicy
in every bites” menyebabkan ia kelihatan sempurna.
Elemen: Warna
Tema: Kehidupan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Berdasarkan imej diatas,
penggunaan elemen warna neutral dapat mempengaruhi cara pandang dan mengubah
citarasa audien terhadap imej tersebut. Hal ini kerana, warna neutral hitam dan
putih telah mendominasi imej. Disamping itu, terdapat juga warna kroma campuran
dua warna penggenap iaitu warna khaki koko yang menjadi warna ketiga dalam
imej. Warna putih dapat melahirkan kedamaian, kesucian dan ketenangan disamping
diimbangi dengan warna hitam dan khaki koko yang menimbulkan kekemasan dan
kekuatan imej tersebut.
Elemen: Warna
Tema: Kasih sayang
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas menunjukkan elemen
warna. Warna yang digunakan dalam grafik itu dominan warna hijau. Ini dapat
memberikan impak ketenangan kepada gambar tersebut yang mana mampu menyampaikan
mesej kepada golongan yang sering mendera anak agar menjadi tenang dan lebih
menyayangi anak mereka. Warna yang digunakan pada font juga kelihatan sesuai
dengan gambar yang dipaparkan.
Elemen: Warna
Tema: Hadiah
Rujukan: Sendiri
Huraian: Berdasarkan gambar di atas telah
diterapkan elemen asas grafik warna yang sangat menyerlah dalam gambar
tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana kombinasi warna yang sangat menarik
telah digunakan dalam gambar itu. Kombinasi warna yang telah digunakan juga
tidak terlalu banyak dan padat. Dengan adanya kombinasi warna tersebut telah
menjadikan intipati dalam gambar tersebut dapat disampaikan dengan baik.
Elemen: Warna
Tema: Minuman
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas mencukupi warna
asas grafik kerana ianya menonjolkan kombinasi tiga warna iaitu koko, oren dan
putih. Warna yang digunakan berjaya menaikkan foto minuman kopi premiun latte
tersebut yang sememangnya tarikan utama di dalam gambar itu. Font berwarna
putih yang dipilih turut menimbulkan warna pada ayat kopi premium. Warna-warna
yang digunakan itu kelihatan sempurna dan sesuai dengan gambar minuman di atas.
Elemen: Warna
Tema: Pemandanga Waktu Malam
Rujukan: Sendiri
Huraian: Warna yang terdapat dalam gambar
tersebut mencukupi warna asas grafik kerana tidak melebihi daripada tiga warna
. Foto diatas hanya mempunyai warna yang gelap dan warna yang cerah iaitu warna
hitam dan warna putih yang wujud daripada cahaya lampu. Warna cerah di atas menyerlahkan
lagi latar yang gelap kerana cahaya lampu tersebut memfokuskan masjid dan
bangunan-bangunan di sekeliling masjid itu.
Elemen: Warna
Tema: Kenderaan
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Gambar ini mengandungi
elemen warna iaitu kombinasi warna merah, putih dan coklat. Gambar sebuah
kereta yang berwarna merah dan disertai dengan dinding dan tingkap yang
berwarna putih dan coklat. Foto ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna
yang menyerlah dan memfokuskan kepada kereta, dinding dan tingkap.
Elemen: Warna
Tema: Pemandangan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Dalam gambar ini terdapat
kombinasi warna yang menarik. Kombinasi warna tersebut juga tidak melebihi tiga
warna. Warna langit yang kebiruan serta pokok yang kehijauan menjadikan gambar
ini menjadi menarik dengan pemandangannya. Warna bangunan-bangunan juga
menjadikan gambar lebih cantik. Gambar ini jelas memfokuskan kepada warna
langit, pokok serta bangunan.
Elemen: Warna
Tema: Kehidupan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Elemen yang paling menonjol di
gambar di atas ialah elemen warna. Foto tersebut menunjukkan seorang lelaki
berbaju biru sedang mengecat pagar berwarna putih dan biru muda. Terdapat juga
warna awan kebiruan dan pokok yang berwarna hijau. Foto ini mempunyai lebih
daripada tiga warna dan menjadikannya menarik dan menyerlah dengan warna yang
cerah seperti yang dipaparkan dalam gambar tersebut.
Elemen: Warna
Tema: Pakaian Tradisional
Rujukan: Sendiri
Huraian: Foto diatas menunjukkan seorang
gadis berbaju kurung. Latar belakang yang berwarna agak usang sesuai dengan
baju yang digunakan. Baju jurung yang berwarna hijau dapat menimbulkan subjek
(gadis) tersebut. Warna tudung yang digunakan juga menonjolkan lagi warna dalam
gambar tersebut kerana warna yang digunakan ialah warna hijau gelap.
Ketua Elemen Warna: Intan Nur Azriena binti Siful Yazani @ Saiful Yazan (203966)
Penolong Elemen Warna: Nurul Tasnim binti Zakaria (204115)
No comments:
Post a Comment