Thursday, April 8, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT

 KREDIT BY : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA

LINK : https://youtu.be/-h5hlplln24




Berdasarkan Rancangan Sembang Tamu: Celik Bahasa Isyarat yang diajurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sempena dekad membaca Kebangsaan banyak informasi yang saya perolehi. Program ini telah disampaikan oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Beliau telah menceritakan pengalamannya mempelajari bahasa isyarat melalui twitter hanya dalam masa 2 bulan. Beliau telah memberi inspirasi kepada saya kerana meskipun usianya pada ketika itu berusia 65 tahun. Kisahnya untuk mempelajari bahasa isyarat bermula ketika melihat sekumpulan remaja berbahasa isyarat ketika ingin menonton wayang bersama keluarganya telah menjentik hati beliau untuk mempelajari bahasa isyarat. Beliau juga turut mengongsikan kisah bagaimana beliau menarik minat anak-anaknya juga untuk mempelajari bahasa isyarat. Kisah menarik yang telah dikongsikannya telah menjentik minat saya untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang bahasa isyarat. Dengan mengikuti program ini juga, saya dapat mengetahui kepentingan-kepentingan mempelajari bahasa isyarat. Salah satu tujuan mempelajari bahasa isyarat yang saya fahami daripada menonton program ini ialah untuk memahami komunikasi dengan orang kelainan upaya yang pekak dan bisu. Keadaan ini mampu mengeratkan hubungan silaturrahim antara orang kelainan upaya dengan orang normal. Golongan kelainan upaya ini akan mudah bergaul dengan orang biasa dan tidak merasa tersisih dalam kalangan masyarakat. Saya sangat seronok mengikuti program ini dan berharap perkongsian prof. dalam program ini mampu menarik minat masyarakat agar mempelajari bahasa isyarat dengan lebih mendalam.





No comments:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Minggu 1 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 Minggu 2 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK Minggu 3 5.  ASAS GRAFIK-M...