Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU3-MUGSHOT

BBM3410-2021-MINGGU 3-MUGSHOT

R  Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia


Mug shot

Mug shot merupakan sebuah foto yang memfokuskan bahagian muka dan diambil dalam jarak yang dekat. Tujuannya adalah untuk memfokuskan ekspresi muka yang dijadikan foto dan supaya orang dapat mengenali wajah tersebut. Kebiasaannya mug shot merupakan tangkapan foto secara spontan atau tidak bersedia. Selalunya Teknik asas fotografi ini digunakan oleh wartawan dan jurugambar passport.

R

R  Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia


         Gembira:



 

Ekspresi wajah yang ditunjukkan model di atas ialah ekspresi gembira. Reaksi gembira dapat dilihat apababila mata model dikecikkan dan senyuman menampakkan gigi.

 


Sedih:




  

Ekspresi di atas menunjukkan riak wajah sedih. Wajah model kelihatan sedih sehingga mengalirkan air mata.

 

 

Takut:      


                                                                                      

 

 

 

Ekspresi yang ditunjukkan di atas ialah ekspresi takut. Riak wajah ketakutan dapat dilihat pada gambar model yang seolah-olah terkejut dan menutup mata.

 

 

 




Geram:


Ekspresi di atas menunjukkan riak wajah geram. Ekspresi wajah geram bukan sahaja cenderung ke arah negatif tetapi geram yang positif seperti geram melihat kecomelan bayi.

 

Marah:


Ekspresi wajah di atas menunjukkan ekspresi marah. Riak wajah marah dapat dilihat pada wajah model seolah-olah sedang memarahi seseorang dan menyimpan kemarahan di dalam dirinya.


 

Terkejut:


Ekspresi terkejut dapat dilihat pada wajah model. Riak wajah yang terkejut seperti disergah seseorang dapat dilihat pada keadaan mata yang membulat dan mulut yang ternganga.

 

Ketawa:


Ekspresi ketawa dapat dilihat pada wajah model. Ekspresi ketawa dapat dilihat kerana wajah model yang kelihatan ceria sambal ketawa sehingga menampakkan gigi.

 





No comments:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Minggu 1 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 Minggu 2 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK Minggu 3 5.  ASAS GRAFIK-M...