Bunting
merupakan salah satu bahan asas grafik. Bunting dengan banner merupakan dua
benda yang berbeza dari segi cirinya. Bunting berbentuk menegak. Umumnya,
bunting lebih murah mengikut harga pasaran kerana bunting dicetak dan dipasang
dengan banyak. Terdapat pelbagai saiz bunting yang berada di pasaran. Antaranya
ialah bersaiz (2 kali × 5 kaki), (2 kaki × 6 kaki), (3 kaki × 3 kaki). Bunting
terdiri daripada dua jenis yang berlainan iaitu X-stand atau T-stand. X-stand atau
lebih dikenali dengan spider stand
kerana stand yang sesuai untuk bunting berbentuk huruf X. Hal ini kerana, di
setiap penjuru bunting diletakkan ring
untuk dimasukkan kepada X-stand. Manakala, bahagian atas dan bawah T-stand pula
diletakkan batang paip untuk dipasangkan kepada T-stand.
Berbeza dengan bunting, banner berbentuk
melintang. Hal ini kerana, banner lebih besar saiznya dan lebih mahal
berbanding bunting. Banner ditempatkan di dua tempat yang berbeza berdasarkan
promosi yang dilakukan oleh syarikat atau organisasi. Saiz banner kebiasaanya
bersaiz seperti (12 kaki × 4 kaki), (15 kaki × 4 kaki), (10 kaki × 5 kaki), (20
kaki × 4 kaki). Untuk banner yang berkesan, pastikan penggunaan warna adalah
bersesuaian. Tidak terlalu taksub dengan penggunaan banyak warna kerana banner
atau bunting sukar untuk dibaca. Pastikan perkataan pada banner atau bunting
lebih menonjol berbanding latak belakang banner berkenaan.
Pamphlet
biasanya terdiri daripada tajuk, gambar dan maklumat mengenai kasut. Senarai
sebegini memudahkan pembaca untuk mengetahui tentang jenis kasut yang
dihasilkan oleh Niskala Shoes. Kandungan yang sering tersenarai dalam pamphlet
ialah kelebihan, ciri-ciri, warna dan harga. Ini membolehkan pengguna
mengetahui dengan lebih jelas akan kasut sukan tersebut. Tambahan pula,
pamphlet yang bersaiz kecil dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak.
Pamphlet biasanya dihasilkan dan dicetak pada kedua-dua halaman dan ini dapat
membantu menjimatkan kos perbelanjaan pengedar kerana pamphlet boleh dicetak
pada kertas berulang kali. Kini, penggunaan pamphlet semakin meluas dalam
bidang perniagaan, pelancongan dan sebagainya dengan tujuan promosi.
Kami menggunakan
tema “Niskala Adventure” kerana kasut ini sesuai dugunakan untuk aktiviti
lasak. Warna merah dan maroon pada latar belakang poster dipilih untuk
menonjolkan produk yang ingin dijual atau dipromosi. Meskipun warna putih
dipilih untuk mewakili kasut ini tetapi pengguna tidak perlu risau kerana
fabrik yang digunakan mudah dicuci dan dikeringkan. Tagline “ Be Simple, Be
Confident” menunjukkan rekaan kasut yang ringkas dan selesa dipakai.
Gambar
merupakan salah satu bahan asas grafik. Gambar juga digunakan bertujuan untuk
menyampaikan sesuatu iklan. Kebiasaannya gambar ini kita boleh lihat
ditampalkan pada dinding kedai-kedai tertentu bertujuan untuk mempromosikan
jenama sesuatu produk. Pada gambar di atas ialah gambar yang direka untuk
mempromosikan sebuah kasut sukan berjenama “Niskala”. Pada gambar tersebut kita
dapat lihat reka bentuk kasut yang sangat menarik dan ringkas. Ianya sangat
sesuai untuk aktiviti sukan atau aktiviti lasak. Pada gambar tersebut juga,
kita dapat melihat ciri-ciri kasut sukan berjenama “Niskala” seperti bouncy soles, breathable dan untangled shoe
lace. Dengan adanya ciri-ciri kasut yang dinyatakan ia dapat menarik minat
pembeli untuk membeli kasut sukan ini. Latar belakang warna yang digunakan pada
gambar tersebut juga sangat ringkas dan elegan. Ianya tidak terlalu padat
dengan kombinasi warna yang banyak.
Billboard merupakan salah satu daripada
bahan untuk asas grafik, ianya dikenali juga sebagai papan iklan. Kebiasaanya billboard dipasang dengan
menggunakan saiz yang besar untuk mempromosikan sesuatu jenama produk.
Cara pengiklanan melalui video digunakan
untuk menonjolkan lagi ciri yang ada pada kasut tersebut seperti keselesaan,
warna yang menarik dan rekaan yang bergaya. Pengiklanan melalui video didapati
lebih efektif untuk menarik perhatian pengguna dan untuk mempromosikan sesuatu
produk.
No comments:
Post a Comment