Tuesday, April 20, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5- DILEMA PENGEMBARA

Kredit video: Dewan Bahasa dan Pustaka


https://www.youtube.com/watch?v=bQCPNh8Es1o

Assalamualaikum dan Salam sejahtera pengunjung setia blog Primadoniaa. Hari ini saya ingin menceritakan pengalaman saya mengikuti sebuah slot anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka yang menarik minat saya untuk menceritakannya di sini. Rancangan ini bertajuk Dilema Pengembara di bawah slot sembang tamu.

 

Apa yang membuatkan rancangan ini menarik ialah tetamu jemputannya yang sangat berpengalaman dalam mengembara iaitu Dr. Siti Nur Aliaa binti Roslan. Beliau telah mengembara sehingga ke 21 buah negara seawal umur 16 tahun lagi tau.

Berani kan beliau?

Sepanjang program ini berlangsung, beliau banyak menceritakan tentang cabaran dan pengalaman pahit manis beliau sepanjang mengembara. Beliau juga banyak menyampaikan tips-tips dan info yang bermanfaat kepada bakal-bakal pengembara yang ingin mengikuti jejak langkahnya.

 

Sebagai seorang anak gadis melayu yang masih muda, saya sangat mengagumi keberanian dan semangat yang dimiliki oleh beliau. Saya juga berharap perkongsian video ini dapat ditonton rakan-rakan sekalian dan semoga anda turut terinspirasi untuk mengembara juga.

 

Semoga kita berjumpa lagi pada posting saya yang berikutnya 😊

                                                                            






 


 

No comments:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Minggu 1 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 Minggu 2 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK Minggu 3 5.  ASAS GRAFIK-M...