Bilangan Cerita Sosial |
Kata Kerja |
Kata Adjektif |
Kata Nama |
Kata Ganti Nama |
Kata Sendi |
Kata Arahan |
Kata Tanya |
Nenek dan Datuk |
Pulang- 3 Tinggal-3 Bermain- 1 Bisik-1 Tanya-2 Menunjuk-1 Berjumpa-1 Kata-1 Ujar-1 Mengeluarkan- 1 Menangis- 8 Mengangkat- 1 Berjalan- 1 Membantu-1 Mengendahkan-1 Berdiri- 2 Menonton- 2 Menolong- 1 Melihat-1 Memujuk-1 Jumlah=34 |
Tidak Sabar-1 Puas-1 Hairan- 1 Keliru- 2 Marah - 1 Sedih- 3 Jumlah=9 |
Alim - 46 Nenek dan datuk- 14 Ibu- 3 Bapa- 3 Kak Madinah- 3 Abang Imran- 3 Aisyah- 3 Melaka- 1 Reban- 7 Ayam dan itik- 10 Kampung- 5 Rumah- 5 Jumlah=103 |
Mereka- 3
Jumlah=3 |
Di - 7 Dalam -1 Ke- 6 Akan- 9 Untuk- 9 Kepada- 2 Daripada- 1 Dari- 1 Antara-1 Jumlah= 37 |
Tolong- 2 Jumlah=2 |
Tiada |
Saya yang Istimewa |
Menolong- 1 Makan-4 Tanya-1 Berlari-2 Beli-1 Jerit-1 Membawa- 1 Membeli- 3 Panggil- 1 Melompat-lompat – 1 Berpesan-1 Berkongsi – 4 Menghulurkan-1 Mengasingkan- 1 Mengambil- 1 Memberikan- 1 Mengucapkan-1 Mengemas-1 Menyapu- 1 Memandang- 1 Menyapu-1 Jumlah=30 |
Gemar-1 Sedih- 3 Tersenyum- 2 Baik- 6 Bagus-1 Kotor-1 Puas-1 Jumlah=15 |
Alim - 27 Ibu- 14 Bapa- 9 Sulaiman- 10 Kak Madinah- 3 Abang Imran- 3 Aisyah- 3 Rumah- 5 Jiran- 2 Buah-buahan - 5 Buah rambutan- 2 Buah manggis- 4 Buah duku- 1 Buah langsat- 1 Buah durian - 1 Pasar tani- 1 Jumlah=31 |
Kita- 5 Kamu- 1 -nya – 4 Jumah=10 |
Akan- 2 Ke- 7 Di- 17 Untuk- 2 Dengan- 1 Dari- 3 Oleh- 1 Daripada- 2 Tentang- 1 Jumlah= 36 |
Tiada |
Mengapa- 2 Apa- 1 Kenapa- 2 Jumlah= 5 |
Keluarga saya |
Memandang-2 Bermain- 1 Membuat-1 Berjalan- 2 Menyimpan-1 Menolong- 6 Jawab-1 Mengutip-1 Seru-1 Mengemas- 1 Menyimpan- 1 Menyapu- 2 Memegang- 2 Memujuk- 1 Belajar- 2 Bisik-1 Bersabar-1 Jumlah=25 |
Ketawa- 1 Resah-1 Tersenyum- 5 Baik- 1 Berjaya-1 Gagal-1 Rindu- 2 Penyayang- 1 Rajin- 2 Sabar- 1 Jumlah=16 |
Alim - 40 Ibu- 14 Bapa- 8 Kak Madinah- 3 Abang Imran- 3 Aisyah- 4 Jiran- 2 Rumah-4 Jumlah=78 |
Dia- 2 Saya- 9 Kami- 1 Mereka- 2 -nya – 2 Jumlah=16 |
Dari- 2 Di- 3 Dalam- 3 Akan- 2 Ke- 9 Kepada- 5 Untuk- 1 Dengan- 3 Jumlah= 28 |
Mari- 1 Jangan- 1 Jumlah= 2 |
Mana- 1 Kenapa- 1 Jumlah= 2 |
Hati |
Membawa- 3 Berkongsi- 2 Beredar-1 Mengajar- 3 Memberikan- 1 Mengemas- 1 Menjual-1 Belajar- 1 Tunduk-1 Menyebut-1 Beritahu- 1 Mengusap-usap - 1 Memakai- 1 Memakan-1 Membeli-3 Membayar-2 Duduk-1 Jumlah=25 |
Rajin- 1 Pandai- 5 Bangga- 1 Suka- 1 Baik hati- 1 Jumlah=9 |
Alim - 42 Nenek- 1 Ibu-10 Rakan-3 Kelas-2 Orang tua-1 Bapa- 1 Kak Madinah- 1 Cikgu Anis-11 Abang Imran- 1 Aisyah- 1 Guru besar- 1 Rakan- 6 Sekolah 5 Jiran - 1 Kek cawan- 5 Sayur bayam- 1 Jumlah=93 |
Tiada |
Ke- 7 Dengan- 6 Akan- 1 Untuk- 9 Di- 7 Tentang- 1 Kepada- 2 Seperti- 1 Jumlah= 34 |
Tiada |
Bagaimana- 4 Jumlah= 4 |
Jiran |
Mempunyai-1 Menyusun- 2 Mengemas- 1 Membaca- 3 Memberikan- 2 Berkongsi- 3 Mempunyai-1 Bersekolah-1 Menghulurkan-1 Membelek-belek-1 Beredar-1 Menangis- 3 Berdoa-1 Membawa- 2 Melihat-1 Merungut-1 Menemani-1 Bercerita-1 Mendiamkan-1 Melambai-lambai – 1 Jumlah=29 |
Sedih- 2 Tersenyum- 1 Gembira-1 Suka-1 Pemurah-2 Sakit-3 Sembuh-2 Sihat-2 Jumlah=14 |
Alim - 38 Ibu- 5 Bapa- 2 Kak Madinah- 4 Abang Imran- 6 Aisyah- 4 Sulaiman- 7 Klinik- 1 Jiran- 3 Buku- 10 Jumlah=80 |
Dia- 3 Saya- 1 Kamu- 1 Mereka- 5 -nya – 1 Jumlah=11
|
Oleh- 1 Akan- 7 Pada- 1 Dengan- 6 Kepada- 1 Di- 3 Tentang- 1 Ke- 3 Jumlah= 23 |
Tiada |
Kenapa- 7 Jumlah= 7 |
Jadual: Perbandingan cerita sosial
Judul |
Sinopsis |
Nilai |
Pengajaran |
Nenek dan datuk |
Alim dan keluarga sedang menuju ke destinasi iaitu rumah Nenek dan
Datuk di Kajang. Dia sangat gembira untuk pulang ke kampung. Hal ini kerana
di kampungnya di kajang mempunyai banyak ayam dan itik. Dia ingin bermain
bersama-sama dengan itik dan ayam di kampung. Setelah 30 minit perjalanan,
Alim sampai ke kampungnya. Dia mula mencari dan mendapati tiada ayam dan itik
di kampungnya menyebabkan dia menangis. Ibu, Bapa, Kakak Madinah dengan Abang Imran sibuk mengeluarkan bag dan
mengangkat masuk barang peribadi mereka ke dalam rumah. Manakala Aisyah sibuk mencari mainan yang tertinggal di
celah-celah kerusi di dalam kereta.
Nenek dan Datuk yang melihat Alim menangis di tepi reban terus mereka
mendapatkan Alim. Alim menyangka bahawa semua ayam dan itik di dalam reban telah mati
tetapi Datuk telah membuat reban baru kira-kira 50 meter dari reban lama.
Apabila Alim melihat ayam dan itik berada di dalam reban baru Alim mula
berhenti menangis dan tidak mengendahkan datuk dan neneknya. Setelah melihat ayam dan itik, Alim mula masuk ke dalam rumah dengan
keadaan pelik dan aneh kerana merasakan keadaan rumah nenek dan datuk lain
daripada biasa. Ibu, Bapa, Datuk dan Nenek rasa sedih kerana Alim tidak
seperti biasa. Dia kerap menangis setelah tiba di rumah. Namun, apabila
pulang ke kampung, Alim sekeluarga lebih rapat. |
Tolong menolong- Ibu, Bapa, Kakak Madinah serta
Abang Imran membantu mengangkat barang-barang seperti beg, barang keperluan,
baju dan sebagainya ke dalam rumah Datuk dan Nenek. Rajin- Datuk sangat rajin kerana telah membina
reban baru untuk ayam serta itik peliharaannya. Kasih sayang- Datuk dan Nenek menenangkan Alim
yang sedang menangis di tepi reban dan menenangkannya yang hairan dengan
keadaan rumah Datuk dan Nenek sambil berjalan keliling rumah. Mengeratkan Hubungan silaturahim- Kakak Madinah, Abang Imran,
Aisyah serta Alim yang menonton televisyen cerita kartun sambil bergelak
tawa.
|
-Kita mestilah bersangka baik
dengan tidak memulakan andaian sebaliknya mencari jalan penyelesaian atau
melihat sesuatu keadaan dengan sebaiknya. -Kita mestilah sentiasa menyayangi
ahli keluarga walau bagaimana pun keadaannya. -Kita haruslah sentiasa membantu
ibu bapa bagi meringankan beban mereka sedikit sebanyak. |
Saya yang istimewa |
Kisah saya yang istimewa
mengisahkan kehidupan keluarga Alim. Saya yang istimewa banyak memaparkan nilai sosial yang boleh
dijadikan teladan kepada orang ramai. Kisahnya bermula dengan permintaan Alim
yang ingin berkongsi buah-buahan yang dibelikan oleh bapanya kepada Sulaiman.
Alim tersenyum gembira apabila Sulaiman mengucapkan terima kasih kepadanya.
Nilai-nilai baik yang diterapkan oleh keluarga Alim kepadanya menjadikannya
seorang anak yang istimewa kerana setiap perbuatannya memberi kesan yang baik
kepada keluarga yang lain dan masyarakat disekelilingnya. |
- Nilai bertanggungjawab dan
penyayang . Contohnya, bapa Alim membawa pulang banyak buah-buahan
kesukaan anak-anaknya seperti rambutan, durian , manggis dan sebagainya. - Nilai berkongsi.
Contohya, Ibu pernah mengajar Alim tentang nilai berkongsi sehingga Alim ingin
berkongsi buah-buahan tersebut dengan jirannya Sulaiman. Alim masih ingat
nasihat ibu bapa untuk berkongsi apa -apa juga makanan atau barang dengan
orang lain. - Nilai baik hati.
Contonya, ibu mengatakan Alim seorang yang baik kerana mahu berkongsi dengan
Sulaiman dan jelas terlihat melalui perbuatan Alim - Nilai adil .Contoh, Bapa
menyuruh Imran memanggil ibu dan adik-adiknya yang lain untuk menikmati
buah-buahan bersama-sama. -Nilai tolong -menolong. Contohnya, Alim membantu membuang sampah ke dalam tong
sampah besar di luar rumah |
-Kita haruslah bertanggungjawab
dan menyayangi keluarga. Hal ini jelas terlihat melalui watak bapa Alim yang
membelikan buah-buahan kesukaan anak-anaknya. - Kita perlulah berkongsi makanan
atau barang dengan orang lain. Peristiwa ini berlaku melalui tindakan Alim
yang memberi buah-buahan dalam plastik kepada Sulaiman. Kita perlulah bersikap baik hati
terutama kepada jiran tetangga. Hal ini dapat dilihat melalui sikap Alim yang
berkongsi buah-buahan dengan jirannya Sulaiman. Kita mestilah sikap adil dalam
semua perkara. Sikap ini jelas terlihat melalui sikap bapa yang menyuruh
Imran memanggil ibu dan adik -beradik yang lain untuk makan bersama supaya
semua dapat menikmati bauh-buahan tersebut dengan adil - Kita perlulah bersikap
tolong-menolong antara satu sama lain. Sikap ini dilihat melalui watak Alim
yang membantu ibunya membuang sampah ke dalam tong sampah besar di luar
rumahnya. |
Keluarga |
Alim merupakan seorang budak lelaki
istimewa yang berumur 9 tahun. Dia mempunyai bapa bernama Ismail, ibu bernama
Kamilah, abang bernama Imran, kakak bernama Madinah dan adik perempuan
bernama Aisyah. Keluarga Alim sentiasa memastikan Alim mengenali nama ahli
keluarganya. Hal ini kerana ibu bapa Alim mahu Alim tahu dan boleh menyebut
setiap nama dalam keluarga. Alim akan melihat ke arah setiap gambar di
dinding rumahnya setiap hari. Selain itu, Alim juga suka menolong membuat
kerja rumah. Hal ini kerana Alim sentiasa menolong ibu bapanya setiap hari.
Alim diajar daripada kecil untuk mengemas permainan setelah bermain. Perkara
ini turut diterapkan kepada adik Alim iaitu Aisyah diajar untuk mengemas
setelah bermain. Ibu bapa Alim turut memberikan kata-kata motivasi kepada
Alim. Seperti menyebut “Alim anak yang baik dan baik” dan “Alim suka tolong
Adik”. Kata-kata pujian tersebut secara tidak langsung mengingatkan Alim
supaya sentiasa membuat perkara yang baik. Alim juga mempunyai sikap sentiasa
mahu belajar. Alim akan mempelajari sesuatu perbuataan itu daripada abang dan
kakaknya. Seperti cara untuk menyapu sampah. Mereka tahu Alim adik istimewa
dan perlu memberikan contoh teladan yang baik terlebih dahulu baru dia akan
mengikutinya. Apabila Alim kelihatan resah dan kecewa ibu akan memujuknya.
Pujukan ibu akan dapat membuatkan Alim berasa tenang dengan perbuatan ibu.
Alim seorang kanak-kanak yang rajin, sentiasa mahu belajar dan dia juga
seorang yang penyayang.
|
-Nilai Kasih Sayang Keluarga Alim sentiasa menerapkan sejak awal lagi supaya setiap ahli
keluarga dikenal dengan nama dan wajah mereka. -Nilai Tolong Menolong Kakak Madinah iaitu akak kepada Alim sentiasa menolong Alim dengan
menunjukkan cara menyapu sampah dan abang Alim iaitu abang Imran pula
menolong Alim dengan menunjukkan cara menyapu sampah. -Nilai Kesabaran Ibu sentiasa sabar dengan tingkah laku Alim sebagai anak istimewa. Ibu
memberikan ruang untuk Alim mencuba pelbagai perkara baharu. -Nilai Baik Hati, Bertanggungjawab
dan Tolong Menolong. Kakak Madinah dan Abang Imran mengetahui Alim seorang adik yang
istimewa, mereka sentiasa memberikan contoh teladan yang baik kepada Alim.
|
-Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita. Walaupun Alim merupakan
anak istimewa, ahli keluarganya sentiasa menyayanginya seperti kanak-kanak
normal dan mengambil berat terhadap Alim. -Kita haruslah prihatin terhadap
masalah orang lain. Ibu sentiasa memujuk Alim sambil tersenyum apabila Alim
gagal menyiapkan sesuatu perkerjaan. Ibu akan cuba sedaya upaya memujuk Alim
menyiapkan kerja itu sehingga selesai. |
Hati |
Cerita
Sosial 4 iaitu Hati menceritakan kisah seorang kanak-kanak iaitu Alim yang
mempunyai hati yang bersih. Penceritaannya berlatarbelakangkan hari jadi
kanak-kanak tersebut. Pada mulanya, ibu Alim menyediakan kek cawan untuk
dibawa oleh Alim ke sekolah sebagai tanda merayakan ulang tahun nya. Ibu Alim
juga mendoakan agar Alim menjadi manusia yang baik kerana dia tahu bahawa
Alim akan belajar dengan rajin dan seorang yang pandai menjada dirinya.
Setelah itu, penceritaan disambung dengan latar tempat di sekolah. Alim
menceritakan perihal Cikgu Anis yang juga mempunyai hati yang baik terhadap
pelajar-pelajarnya. Alim menyatakan bahawa Cikgu Anis banyak mengajar Alim
untuk menjaga diri sendiri. Antaranya, Cikgu Anis mengajarkan untuk menaiki
bas, membeli barang di kedai runcit dan pasar tani. Setelah itu, Alim
mengagihkan kek cawan yang dibawanya kepada rakan sekelas dan sama-sama
menikmati kek cawan tersebut. Akhir cerita, Alim menyatakan bahawa dia akan
menunggu arahan dari Cikgu Anis untuk belajar. |
-Nilai kasih sayang. Ibu
Alim menonjolkan nilai kasih sayang apabila dia membuat kek cawan untuk Alim.
Tambahan pula, kasih sayang yang ditunjukkan semasa ibunya mengucapkan
selamat hari lahir kepada Alim. -Nilai kebersihan. Alim
menjaga kebersihan dan kekemasan diri apabila dia sentiasa mengemas katil
sebelum ke sekolah, memakai baju dan kasut sekolah tanpa bantuan ibunya. -Nilai berkongsi. Sikap
Alim yang suka berkongsi kek cawan dengan rakan serta gurunya di sekolah. -Nilai penyayang yang
ditunjukkan oleh Cikgu Anis. Cikgu Anis mengajarkan Alim untuk berdikari
di samping menyantuni orang tua. -Nilai berterima kasih.
Alim
sering mengucapkan terima kasih kepada ibunya apabila diucapkan selamat hari
lahir. Di samping itu, rakan-rakan Alim juga mengucapkan terima kasih apabila
menerima kek cawan. |
Kita
seharusnya mempunyai sikap yang baik dan menghargai jasa guru. Hal ini
kerana, guru adalah seorang yang mengajarkan kita tentang pembelajaran dan
juga kehidupan. Kita
perlulah pandai menjaga diri. Sekiranya kita dapat menjaga diri sendiri, maka
kita tidak akan menyusahkan orang lain di samping dapat menyenangkan hati
orang di sekeliling. Kita
juga haruslah mempunyai rasa tanggungjawab. Sikap bertanggungjawab
ditonjolkan oleh Alim dan Cikgu Anis dimana Alim bertanggungjawab untuk
menguruskan diri sendiri manakala Cikgu Anis bertanggungjawab memberikan
didikan kepada pelajarnya. KIta
sepatutnya mempunyai sikap suka berkongsi. Hal ini kerana, sikap berkongsi
yang diamalkan akan memberikan kesenangan kepada orang sekeliling untuk
bergaul dengan kita. |
Jiran |
Cerita
Sosial 5 iaitu Jiran mengisahkan tentang Alim yang mempunyai sikap suka akan
membaca. Alim amat suka menyusun dan mengemas buku-buku yang dihadiahkan oleh
bapa, ibu, abang dan kakaknya. Selain itu, Alim juga suka berkongsi bukunya
dengan jiran sebelah iaitu Sulaiman. Sulaiman merupakan jiran sebelah
rumahnya yang begitu rapat dengan keluarga Alim. Pada kemuncak cerita, Alim
mengalami sakit yang mengakibatkan badannya panas dan tidak bermaya. Semasa Alim
sakit, dia tidak dapat membaca buku ceritanya lagi dan tidak akan bercakap
serta merungut kepada ibu bapanya. Setelah itu, Alim kembali sihat dan dapat
membaca buku bersama adik beradiknya semula. Sulaiman juga sedikit sebanyak
mengambil berat terhadap Alim apabila Sulaiman menjenguknya melalui pagar
rumah mereka. |
-Nilai suka membaca
yang ditonjolkan oleh Alim, abang, kakak dan Sulaiman. Sikap membaca amat
bagus untuk kanak-kanak bagi menambahkan ilmu pengetahuan. -Nilai suka memberi.
Alim amat suka memberi dan berkongsi barangannya dengan adik beradik serta
jirannya. Hal ini dapat memupuk sikap bertimbang rasa dalam diri Alim. -Nilai suka akan kekemasan.
Alim menyatakan bahawa dia sering menyusun dan mengemas buku-bukunya mengikut
adjab setiap hari. Nilai
mengambil berat. Nilai ini ditunjukkan melalui watak ahli keluarga Alim
yang mengambil berat apabila Alim jatuh sakit. Mereka amat risau dengan
keadaan Alim dan menjaganya sehingga sembuh. Nilai
jiran yang prihatin. Sulaiman menunjukkan sikap prihatin terhadap Alim
apabila Alim jatuh sakit. Dia juga sering menjenguk Alim melalui pintu pagar
rumahnya. |
Kita
perlulah mempunyai sikap suka akan membaca. Hal ini kerana, membaca adalah
satu amalan yang mulia disamping dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita
seharusnya menjadi pemurah dengan orang disekeliling. Sekiranya kita suka
akan berkongsi barangan atau makanan kepada orang lain, maka mereka juga akan
berbuat demikian terhadap kita. Kita
juga sepatutnya menjadi jiran yang baik dan prihatin terhadap jiran-jiran
disekeliling. Hal ini kerana, jiran boleh dianggap sebagai keluarga terdekat
yang kita dapat tolong dan meminta tolong sekiranya diperlukan. |
Kandungan dalam Cerita Sosial
Judul |
Teks |
Tema |
Sampel/Bahan |
Jenis |
Nenek dan Datuk |
Cerita pendek |
Kekeluargaan |
Nenek, datuk, ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah, Alim |
Penceritaan |
Saya yang Istimewa |
Cerita pendek |
kekeluargaan |
Nenek, datuk, ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah, Alim |
Penceritaan |
Keluarga |
Cerita pendek |
Kekeluargaan |
Ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah, Alim |
Penceritaan |
Hati |
Cerita pendek |
Kemasyarakatan |
Ibu, cikgu, Alim, rakan-rakan |
Penceritaan |
Jiran |
Cerita pendek |
Kejiranan |
Ibu, Madinah, Imran, Aisyah, Sulaiman, Alim |
Penceritaan |
Jadual: Konteks dalam Cerita Sosial
Judul
|
Tatabahasa |
Latar |
Emosi |
Nenek dan Datuk |
Penggunaan kata
dan ayat yang mudah dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa
|
Kampung nenek
dan datuk |
Gembira, rindu,
sedih, marah, keliru, puas hati |
Saya yang
Istimewa |
Penggunaan kata
dan ayat yang mudah dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa.
|
Rumah ibu dan
bapa |
Gembira, puas
hati, sedih |
Keluarga |
Penggunaan kata
dan ayat yang mudah dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa.
|
Rumah dan Ibu
Bapa |
Gembira, resah |
Hati |
Penggunaan kata
dan ayat yang mudah dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa.
|
Sekolah, rumah,
jiran |
Gembira |
Jiran |
Penggunaan kata
dan ayat yang mudah dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa.
|
Rumah ibu bapa
dan jiran |
Gembira,
simpati, ambil berat dan sedih |
Jadual: Andaian dalam Cerita Sosial
Judul
|
Andaian dalam
Cerita Sosial |
Nenek dan Datuk |
-Nenek dan datuk
terkejut melihat Alim menangis. Ini berkemungkinan sebelum ini nenek dan
datuk tidak pernah melihat Alim menangis dan marah. Nenek dan datuk juga
sedih melihat Alim menangis. - Perbualan
antara Alim dan nenek serta datuknya menunjukkan bahawa terdapat persoalan
dan perujukan. Soalan pertama yang ditanya oleh nenek dan datuk jelas
menunjukkan bahawa mereka ingin kepastian tentang mengapa Alim menangis?
Mungkin mereka beranggapan Alim sakit atau lapar. Setelah mendapat jawapan,
barulah mereka faham mengapa Alim begitu. -Alim masih
tidak faham dan sedih dan mengandaikan bahawa ayam dan itik sudah mati. Hal
ini menunjukkan bahawa Alim sangat sayang akan binatang. Setelah Alim
mendapat jawapan tentang ayam dan itik, dia kelihatan gembira semula. -Alim kelihatan
keliru apabila melihat keadaan rumah nenek dan datuk yang lain daripada
biasa. Watak nenek menunjukkan bahawa nenek seorang yang lemah lembut dan
penyayang apabila dia memujuk Alim
dengan bercerita secara terperinci tentang perabot di rumah itu. Hal
ini berkemungkinan kerana suara nenek yang lembut mampu menenangkan Alim.
|
Saya yang
Istimewa |
-Pada hari Ahad yang lalu, bapa Alim membawa pulang banyak buah-buahan.
Bapa telah membeli buah-buahan dari pasar tani. Bapa tahu, Alim, abang Imran,
kak Madinah dan Aisyah gemar makan buah-buahan tempatan. Ada rambutan, ada
durian, ada manggis, ada langsat, ada duku dan banyak lagi.
-Ibu sediakan bakul sampah. Letak semua sampah dalam bakul, jangan
letak merata tempat. Nanti rumah akan kotor dan bersepah. Alim, abang Imran,
kak Madinah dan Aisyah mengangguk tanda faham.
-Alim memberikan plastik tersebut kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum.
Dia mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim terus berlari semula
mendapatkan keluarga sambil tersenyum puas. Alim faham sifat berkongsi itu
baik. Alim juga faham abang Imran, kak Madinah, Aisyah juga akan berkongsi
barang atau makanan dengannya. |
Keluarga saya |
-Di dalam sebuah rumah kecil tinggal budak seorang lelaki berumur 9
tahun. Dia sedang tersenym sambil memandang ke arah gambar di dinding.budak
lelaki itu bernama Alim. Dia mempunyai seorang bapa, ibu, abang, kakak dan
adik perempuan. Mereka keluarga yang penyayang.
-Alim belajar daripada Abang Imran dan Kak Madinah untuk menyapu
sampah. Kak Madinah akan menunjukkan cara memegang penyapu. Abang Imran pula
akan menolong Alim menunjukkan cara untuk menyapu sampah.
-Kadangkala, Alim gagal untuk menyiapkan kerja itu. Alim akan
tinggalkan penyapu di tengah-tengah rumah. Ibu akan memanggil semula Alim dan
memujuk Alim menyiapkan kerja.
- Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. Alim belajar
untuk bersabar dan rajin bekerja. Alim belajar untuk menolong ibu dan bapa.
Alim belajar untuk menolong abang dan kakak. Alim belajar untuk menolong adik
perempuan di rumah.
|
Hati |
- Ibu telah
mengajar Alim sejak kecil lagi tentang cara pemakaian baju dan kasut sekolah,
membawa botol air serta bersalaman dengan ahli keluarga yang lain. Ibu juga
memastikan bahawa Alim tahu mengemas katil sebelum ke sekolah. Ibu
beranggapan bahawa Alim akan dapat lebih berdikari walaupun ibu tahu Alim
masih belum melakukannya dengan sempurna. - Cikgu Anis
mengajar Alim tentang aktiviti seperti mengenali jiran, cara menaiki bas,
membeli barang di kedai runcit dan membeli sayur dan ayam di pasar tani.
Cikgu Anis membuat andaian bahawa aktiviti sebegini dapat memberikan
pendedahan kepada Alim.
- Cikgu Anis
juga memberikan kesedaran tentang nilai menghormati orang tua dengan aktiviti
pembelajaran seperti tunduk apabila berjalan di hadapan orang tua. Aktiviti
pembelajaran tentang nilai menghormati orang tua menunjukkan bahawa Alim juga
perlu melakukan sedemikian jika bertemu orang tua lain selain guru sekolah. - Alim berkongsi
kek cawan dengan rakan yang lain. Rakan
yang
lain kelihatan gembira dengan kek cawan tersebut dan mengucapkan terima
kasih. Walaupun rakan-rakan yang lain berkemungkinan tidak faham akan makna
hari lahir, namun mereka telah didedahkan dengan ucapan terima kasih. |
Jiran |
- Alim berkongsi
buku dengan Sulaiman dan Sulaiman mengucapkan terima kasih setelah mendapat
buku tersebut. Persoalan timbul daripada pihak Sulaiman yang menginginkan
kepastian bahawa buku itu diberi oleh Alim ataupun dipinjamkan. Sulaiman
mungkin beranggapan bahawa buku itu hanya sekadar diberi pinjam. Namun
setelah mendapat jawapan, barulah Sulaiman faham buku itu diberikan
kepadanya. -Keadaan Alim
yang tidak sihat dan jatuh sakit membuatkan Abang Imran, Kak Madinah dan
Aisyah risau dan bimbang. Malah mereka semua sedih dengan keadaan Alim yang
kaku. Kemungkinan juga, adik beradik Alim tertanya-tanya bilakah Alim akan
sihat dan mengapakah Alim selalu sakit. Mereka tidak pasti dengan keadaan
sebegini. - Perbualan di
atas menunjukkan Aisyah keliru dengan keadaan Alim. Persoalan daripada Aisyah
tentang keadaan Alim memerlukan jawapan supaya mereka semua faham dengan
keadaan Alim. Ahli keluarga yakin bahawa Alim akan sembuh juga. |
No comments:
Post a Comment